&Follow SJoin OnSugar

Bukan Sebarang Perempuan

Kisah-kisah Berangan

About Me

  • Member for 6 years 31 weeks
  • Last online 6 years 13 weeks ago

Arkib

Archives

February 2011
SMTWTFS
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728 

February 17, 2011
|

C'est La Vie : 3

Zain Azrai tinggikan suhu heater kereta. Cameron Highland berkabus agak tebal pagi ini. Memang patut pun sebab lewat malam tadi hujan. Jam 9 pagi tapi rasa macam kau mandi air sejuk sebelum subuh. Lelaki itu berpaling ke kiri, melihat seorang gadis keluar dari pintu ladang strawberi di mukim Ringlet. Di tangan ada dua plastik sederhana besar. Gadis memakai sweater pink dengan jeans hitam itu berjalan ke arahnya.

"Wuuu, sejuklah Long!"

"Dah tahu sejuk, gigih nak keluar beli strawberi juga."

Eliasarah sengih. "Alang-alang datang sini. Okey, nanti singgah ladang bunga pula ye. Umi kirim bunga."

"Pergh! Baik suruh umi yang datang ambik!"

"Umi kan tak suka jalan bengkang-bengkok naik Cameron ni. Dia kan mudah mabuk kereta. Alah, Along kan dah lama tak cuti, so alang-alang ambil Eli kat sini, boleh Along makan angin."

Zain mencerun mata ke arah adik bongsunya. Minggu lepas Eliasarah ada kursus Water Resource di sana dengan kawan-kawan sekolej dia. Tiba-tiba dua hari lepas sibuk call suruh datang ambil. Alasannya nak borong itu ini untuk umi. Kalau pulang naik bas yang kolej sediakan, pasti tak sempat. Disebabkan umi bimbangkan anak bongsunya yang sudahpun secara sukarela ditinggalkan oleh bas sejam sebelum Eliasarah membuat panggilan itu, terus dikerah Zain Azrai untuk ke sini.

"Tsk! I don't need a vacation on highlands la Eli. I'm a beach guy." Zain mengambil secucuk strawberi yang disalut madu dari Eliasarah.

"It's okay. You'll love this place eventually. Oh now let's go buy some flowers."

Haih!

Tadi Eliasarah tak kisah kalau Zain tunggu dia dalam kereta. Tapi kali ini dia beriya benar suruh Zain ikut. Terpaksalah Zain ikut kehendak adik bongsu dia itu. Eliasarah memilih gerai bunga yang hujung, sedikit kecil dari gerai-gerai bunga lain tapi masih menjual bunga yang pelbagai. Seorang perempuan bersweater kuning sedang menyusun jualannya.

Ernita, the flower seller

"Kak Nita, good morning!" sapa Eli girang.

"Eh, Eli! Datang pun...akak ingat Eli dah balik."

Eliasarah sengih kerang.  "Oh, lupa pula. Ini Along Eli, nama dia Zain Azrai. Along, ni Kak Ernita."

Zain angguk hormat. Ernita pula dan simpul senyum malu. Rambut paras bahunya diselit di belakang telinga.

Hensem juga abang Eli ni. Okey, try la Nita! You can do it! Inilah chance nak dapat boyfriend orang KL. Dah tu pula, orang berada. Tak rugi aku berbaik dengan budak manja Eli ni dulu di kampus.

"Awak suka bunga apa?" tiba-tiba Zain bertanya kepada Ernita.

Terkejut, Ernita terus menyebut "Mawar merah!"

"Kenapa?"

"Sebab simbolnya cinta. Lagipun bau mawar merah lebih harum dan boleh menenangkan jiwa."

Oh...

Ernita sambung lagi. "Sebab tu mawar jadi hot seller. Kalau Encik Zain nak beli untuk buah hati, boleh Nita gubahkan."

Zain ketawa kecil. "Tak apalah. I don't have one. Eli, nak beli bunga apa untuk umi?"

"Oh, lupa pulak. Kak Nita, bagi Eli bunga kekwa eh."

____________________________________________________________________________________________________

Eliasarah tak sanggup pandang muka Zain dalam perjalanan pulang ke KL. Dia tahu Zain dapat baca apa yang dia rancangkan. Dan Ernita hulur kad namanya.  tadi. Zain ambil untuk jaga hati perempuan itu.

"Would you stop playing matchmaker?"

Adiknya itu mendengus. "Why? Along tahu tak, you are not getting any younger! Umi sibuk carikan jodoh untuk Along. Eli tak nak orang yang Eli tak kenal, yang entah siapa. At least Kak nita tu Eli kenal. Dia okey,"

"And you know how I hate people interfering with my life, my future?"

Senyap. Eli tahu. Sejak dulu Zain tak suka dipaksa buat apa yang dia tak mahu. Dan dia dapat rasakan Cayenne hitam itu dipandu lebih laju membelah Lebuhraya Utara-Selatan menuju ke Kuala Lumpur, tanda Zain sedang marah.

Tahu pun takut!

Mereka sampai di rumah lebih kurang jam 3 petang dan terus ke Butik Chitra milik umi di Ampang. Butik yang dibuka tahun lepas itu menjual pakaian tradisional yang klasik. Umi, berusia dalam 56 tahun masih nampak anggun.

"How's your trip, children? Had fun there? Beli tak bunga?" To' Puan Hawa cium pipi kedua-dua anaknya.

"Had fun apa..ada orang tu, she played matchmaker." perli Zain.

Eliasarah muncung. "Kita fikir pasal dia, umi...dah tua tapi masih bujang."

"Setuju. Nak membujang sampai bila, Zain?"

Zain julingkan mata ke atas. Perempuan sama saja. Ramai perempuan yang dia kenal tapi mereka lebih kurang serupa. Cepat merajuk, suka memaksa, nak kita je layan mereka. Seumur hidup dia mengenal perempuan, belum lagi dia jumpa yang istimewa di matanya.

"Sampai bidadari turun dari kayangan, umi."

________________________________________________________________________________________________________________________

To' Puan Hawa berbual dengan kawan baiknya Sharifah Elena di laman. Beberapa ekor kucing berkeliaran. Semua yang berbulu lebat dan gebu. Kucing-kucing itu milik Eliasarah, tapi yang menjaga mereka ialah Zain. Zain yang beli makanan, basuh kandang, buang pasir tandas dan mandikan kucing-kucing tu. Eli hanya tahu bermain saja.

Dua wanita itu sedang memerhatikan Zain yang sedang membasuh kandang kucing tak jauh dari mereka.

"Berapa umur Zain, kak Hawa?"

"Eh, dah nak masuk 31 tahun Julai ni."

Sharifah Elena angguk. "Kenapa dia tak kahwin lagi? Dah cukup syarat dah tu. Ada karier, harta dah cukup..."

"Entah."

Dah penat To' Puan Hawa bercakap pasal Zain. Dah berjela-jela khutbah dia sumbat ke telinga anak sulungnya itu.

"Dia gay kot."

Rasa nak luruh jantung To' Puan Hawa bila mendengar ayat Sharifah Elena itu. The G word! Dia teringat video kontroversi seorang editor Melayu yang mengaku songsang terang-terangan.

Ini perlu konfrontasi!

 

 

 

 

If you are already an OnSugar member, or would like to receive email alerts as new comments are made, please login or register for OnSugar.
The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

C'est La Vie!

[1] [2] [3]

Latest Comments

    Tags

    Press Row theme designed by Chris Pearson