&Follow SJoin OnSugar

Bukan Sebarang Perempuan

Kisah-kisah Berangan

About Me

  • Member for 6 years 31 weeks
  • Last online 6 years 13 weeks ago

Arkib

Archives

February 2011
SMTWTFS
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728 

February 17, 2011
|

C'est La Vie : 3

Zain Azrai tinggikan suhu heater kereta. Cameron Highland berkabus agak tebal pagi ini. Memang patut pun sebab lewat malam tadi hujan. Jam 9 pagi tapi rasa macam kau mandi air sejuk sebelum subuh. Lelaki itu berpaling ke kiri, melihat seorang gadis keluar dari pintu ladang strawberi di mukim Ringlet. Di tangan ada dua plastik sederhana besar. Gadis memakai sweater pink dengan jeans hitam itu berjalan ke arahnya.

"Wuuu, sejuklah Long!"

"Dah tahu sejuk, gigih nak keluar beli strawberi juga."

Eliasarah sengih. "Alang-alang datang sini. Okey, nanti singgah ladang bunga pula ye. Umi kirim bunga."

"Pergh! Baik suruh umi yang datang ambik!"

"Umi kan tak suka jalan bengkang-bengkok naik Cameron ni. Dia kan mudah mabuk kereta. Alah, Along kan dah lama tak cuti, so alang-alang ambil Eli kat sini, boleh Along makan angin."

Zain mencerun mata ke arah adik bongsunya. Minggu lepas Eliasarah ada kursus Water Resource di sana dengan kawan-kawan sekolej dia. Tiba-tiba dua hari lepas sibuk call suruh datang ambil. Alasannya nak borong itu ini untuk umi. Kalau pulang naik bas yang kolej sediakan, pasti tak sempat. Disebabkan umi bimbangkan anak bongsunya yang sudahpun secara sukarela ditinggalkan oleh bas sejam sebelum Eliasarah membuat panggilan itu, terus dikerah Zain Azrai untuk ke sini.

"Tsk! I don't need a vacation on highlands la Eli. I'm a beach guy." Zain mengambil secucuk strawberi yang disalut madu dari Eliasarah.

"It's okay. You'll love this place eventually. Oh now let's go buy some flowers."

Haih!

Tadi Eliasarah tak kisah kalau Zain tunggu dia dalam kereta. Tapi kali ini dia beriya benar suruh Zain ikut. Terpaksalah Zain ikut kehendak adik bongsu dia itu. Eliasarah memilih gerai bunga yang hujung, sedikit kecil dari gerai-gerai bunga lain tapi masih menjual bunga yang pelbagai. Seorang perempuan bersweater kuning sedang menyusun jualannya.

Ernita, the flower seller

"Kak Nita, good morning!" sapa Eli girang.

"Eh, Eli! Datang pun...akak ingat Eli dah balik."

Eliasarah sengih kerang.  "Oh, lupa pula. Ini Along Eli, nama dia Zain Azrai. Along, ni Kak Ernita."

Zain angguk hormat. Ernita pula dan simpul senyum malu. Rambut paras bahunya diselit di belakang telinga.

Hensem juga abang Eli ni. Okey, try la Nita! You can do it! Inilah chance nak dapat boyfriend orang KL. Dah tu pula, orang berada. Tak rugi aku berbaik dengan budak manja Eli ni dulu di kampus.

"Awak suka bunga apa?" tiba-tiba Zain bertanya kepada Ernita.

Terkejut, Ernita terus menyebut "Mawar merah!"

"Kenapa?"

"Sebab simbolnya cinta. Lagipun bau mawar merah lebih harum dan boleh menenangkan jiwa."

Oh...

Ernita sambung lagi. "Sebab tu mawar jadi hot seller. Kalau Encik Zain nak beli untuk buah hati, boleh Nita gubahkan."

Zain ketawa kecil. "Tak apalah. I don't have one. Eli, nak beli bunga apa untuk umi?"

"Oh, lupa pulak. Kak Nita, bagi Eli bunga kekwa eh."

____________________________________________________________________________________________________

Eliasarah tak sanggup pandang muka Zain dalam perjalanan pulang ke KL. Dia tahu Zain dapat baca apa yang dia rancangkan. Dan Ernita hulur kad namanya.  tadi. Zain ambil untuk jaga hati perempuan itu.

"Would you stop playing matchmaker?"

Adiknya itu mendengus. "Why? Along tahu tak, you are not getting any younger! Umi sibuk carikan jodoh untuk Along. Eli tak nak orang yang Eli tak kenal, yang entah siapa. At least Kak nita tu Eli kenal. Dia okey,"

"And you know how I hate people interfering with my life, my future?"

Senyap. Eli tahu. Sejak dulu Zain tak suka dipaksa buat apa yang dia tak mahu. Dan dia dapat rasakan Cayenne hitam itu dipandu lebih laju membelah Lebuhraya Utara-Selatan menuju ke Kuala Lumpur, tanda Zain sedang marah.

Tahu pun takut!

Mereka sampai di rumah lebih kurang jam 3 petang dan terus ke Butik Chitra milik umi di Ampang. Butik yang dibuka tahun lepas itu menjual pakaian tradisional yang klasik. Umi, berusia dalam 56 tahun masih nampak anggun.

"How's your trip, children? Had fun there? Beli tak bunga?" To' Puan Hawa cium pipi kedua-dua anaknya.

"Had fun apa..ada orang tu, she played matchmaker." perli Zain.

Eliasarah muncung. "Kita fikir pasal dia, umi...dah tua tapi masih bujang."

"Setuju. Nak membujang sampai bila, Zain?"

Zain julingkan mata ke atas. Perempuan sama saja. Ramai perempuan yang dia kenal tapi mereka lebih kurang serupa. Cepat merajuk, suka memaksa, nak kita je layan mereka. Seumur hidup dia mengenal perempuan, belum lagi dia jumpa yang istimewa di matanya.

"Sampai bidadari turun dari kayangan, umi."

________________________________________________________________________________________________________________________

To' Puan Hawa berbual dengan kawan baiknya Sharifah Elena di laman. Beberapa ekor kucing berkeliaran. Semua yang berbulu lebat dan gebu. Kucing-kucing itu milik Eliasarah, tapi yang menjaga mereka ialah Zain. Zain yang beli makanan, basuh kandang, buang pasir tandas dan mandikan kucing-kucing tu. Eli hanya tahu bermain saja.

Dua wanita itu sedang memerhatikan Zain yang sedang membasuh kandang kucing tak jauh dari mereka.

"Berapa umur Zain, kak Hawa?"

"Eh, dah nak masuk 31 tahun Julai ni."

Sharifah Elena angguk. "Kenapa dia tak kahwin lagi? Dah cukup syarat dah tu. Ada karier, harta dah cukup..."

"Entah."

Dah penat To' Puan Hawa bercakap pasal Zain. Dah berjela-jela khutbah dia sumbat ke telinga anak sulungnya itu.

"Dia gay kot."

Rasa nak luruh jantung To' Puan Hawa bila mendengar ayat Sharifah Elena itu. The G word! Dia teringat video kontroversi seorang editor Melayu yang mengaku songsang terang-terangan.

Ini perlu konfrontasi!

 

 

 

 

February 13, 2011
|

C'est La Vie : 2

Puteh termenung depan pintu sliding yang menuju ke kolam renang. Dia teringat kata-kata Azizah. Azizah puji keenakan masakan Puteh hari tu, padahal bukan masak berat-berat pun. Setakat Pasta with Olive Oil dan kek cawan oren yang dia buat beberapa hari lepas. Lalu kawan baiknya tu suruh buka restoran.

Mak ai, buka restoran ni bukan macam main masak-masak! Kena ada pengalaman, cekap dalam operasi dan juga pengurusan, kena juga ada contact dengan pembekal. Lagi satu kena tahu macam mana nak pilih pekerja...aih banyak lagi lah! Setakat ada degree dalam Pengurusan Seni Kulinari, jangan mimpi senang-senang boleh ada restoran sepetik jari je.

Dean mencerun mata. Pelik pula tengok adik tirinya itu termenung di muka pintu. Lalu dia mendekati, dan dia bawa sekali Moleknya Cintamu, si kucing jenis Garfield. Dengan sebelah kaki depan Molek dia kuis lengan Puteh.

Merasakan sesuatu yang berbulu dan tajam menyentuh kulitnya, Puteh berpaling. Terkejut bukan main bila tengok muka Molek betul-betul di depan muka.

Dean gelak. Puteh memang takutkan kucing, semuanya gara-gara pernah dicakar kucing di muka waktu umur dia 4 tahun.Apa lagi, makin galak Dean mengacau Puteh. Dikejar adik tirinya keliling kolam.

"Kejarlah aku lagi! Esok aku buang kucing kau dalam kolam!"

Wah Puteh dah pandai ugut! "Eleh Molek, nak pegang Molek pun dia tak berani, ada hati nak buang Molek dalam kolam kan kan kan..."

Bodoh punya Dean! "Kalau aku angkat sekali dengan sangkar campak terus dalam kolam pun bijak kan idea aku?"

"Oh no! Jangan berani ye? Aku sekeh kau kalau buat jugak."

Mendengar kecoh-kecoh di kolam, Puan Salma dan Encik Yusuff menjengah.

"La, ingat pasal apa. Rupanya pasal kucing,"

"Budak-budak, Sal. Dean, Teh, mari masuk. Ada keropok lekor abah bawa balik dari Terengganu."

Di depan TV sekali lagi Puteh dan Dean berebut keropok lekor terakhir yang tinggal dalam pinggan. Mula-mula tak siapa nak sentuh tapi bila abah Puteh kata siapa yang dapat makan makanan terakhir dialah yang dapat berkat, maka bercakaranlah mereka. Encik Yusuff dan Puan Salma hanya ketawa. Mujur hubungan mereka baik, tak macam sesetengah orang yang ada keluarga tiri.

"Okey fine! Kita belah dua." Dean kata.

"Ukur elok-elok ha...biar sama panjang. Kau memang suka tipu, ambil lebih."

"Ler, nak ukur sama panjang pergi ambil pembaris la. Sementara kau ambil, aku habiskan."

Nak tak nak terpaksa Puteh terima keropok lekor yang bahagiannya satu per tiga dari yang asal. Walaupun tak puas hati dia tak kisah. Saja je bercakar.

Lagu For Your Entertainment kedengaran dari pintu sliding tempat Puteh termenung tadi. Cepat Puteh bingkas untuk ambil telefon Nokia X5 warna ungu. ID pemanggil tertera Mommy. Pasti ibu kandungnya itu ada sesuatu hal yang penting nak bincang.

Puteh juling mata ke langit. Pelik sungguh. Semua orang panggil dia Puteh, tapi mommy panggil dia Yasmin. Keluarga mommy di Singapura juga panggil Puteh macam tu. Begitu juga dengan suami dan anak-anak tiri mommy. Mereka orang kaya. Abah juga berduit tapi taklah semewah keluarga mommy.

"Yasmin, mommy kat KL ni. Baru sampai petang tadi. Can we meet tomorrow? Mommy riiiiiiiiiiiiiiiiinnnndu sangat kat Yasmin."

Adoi. Malasnya….

"Em, kejap ye mommy. I tanya abah."

“Eh no need. Mommy dah call abah semalam. He said okay.”

Abah!!

_________________________________________________________________________________________________________

 

Mommy menginap di Le Meridien KL, hotel kegemaran mommy setiap kali datang ke KL. Tapi mommy kata nak jumpa Puteh di sebuah restoran di Bukit Bintang.

Kita-kita je…mommy tak bawa Lily dan Ruby.

Bagus. Selalunya dua orang kakak tiri Puteh iaitu Lily Suhaila dan Ruby Suriati akan menempel sekali. Mujur kali ini tidak. Puteh juga nak privasi dengan mommy walaupun Puteh kadang-kadang kurang senang dengan perangai mommy yang gedik semacam itu. Tapi Puteh agak macam tulah perangai orang kelas atasan. Mesra semacam.

Mommy nampak stylo macam biasa, mengenakan dress paras bawah lutut warna biru teal dengan kasut dan beg tangan sepadan. Cermin mata besar jenama CK melekat elok atas hidung. Jatuh rahang Mrs. Hannah Kamarudin-Chen itu bila melihat puteri tunggalnya pakai blouse putih ala aristo dengan jeans ketat dan sepasang but Dr. Martens putih bercorak bunga hitam.

“Oh our God, Yasmin what on Earth are you wearing? Boots? And skinny jeans? You really need one new wardrobe, princess. And look, you’re getting fatter!”

Now THIS is what I hate about mommy.

Lepas brunch dengan mommy, Puteh dibawa membeli-belah. Mereka beli gaun yang entah bila Puteh akan pakai, jeans boot cut, sepasang kasut tinggi, seutas jam tangan sempena Puteh habis belajar jenama Solvil et Titus, pergi spa kaki, buat Brazillian wax. Keluar dengan mommy macam ni memang seronok buat Puteh. Maklumlah cuma sekali dalam beberapa bulan saja mereka boleh jumpa.

An outing with mommyan outing with mommy

“So Yasmin nak kerja macam mana?” tanya Mrs. Hannah masa mereka di spa kaki.

Puteh tengok ikan-ikan garupa yang sedang gigit-gigit sel mati di kaki mereka. “Entah. Tapi mommy, Jijah encourage I buka restoran. I minat juga. I’m thinking of a small café je, for a start. But you know… I don’t have the money and experience.”

“Jijah your kindergarten friend tu? Well mommy rasa kalau Yasmin serius, mommy boleh tolong.”

Berbunga hati Puteh masa mommy kata macam tu. Tapi macam tak best pula pakai duit mommy.

“Takpelah mommy...”

“No, please! I insist! Anak tunggal mommy, kan. Of course mommy nak semua impian anak mommy tercapai.”

Puteh terharu dengar mommy cakap macam tu. Dipeluk mommy erat.

__________________________________________________________________________________________________________________

I got a pocket, got a pocketful of sunshine.
I got a love and I know that it's all mine. Oh, oh, oh, oh.
Do what you want, but you're never gonna break me.
Sticks and stones are never gonna shake me. Oh, oh, oh, oh.
Take me away, a secret place.
A sweet escape, take me away.
Take me away, to better days.
Take me away, a hiding place.

Lagu Natasha Bedingfield itu berkumandang melalui headphone. Sambil dia melayari internet di meja study, Puteh belek novel baru yang dia beli sembunyi-sembunyi dari mommy tadi. Mommy tak suka dia beli novel. Nonsense katanya.

Puteh rasa macam nak cium Molek bila semua orang beri restu untuk buka kafe. Premisnya nanti akan mommy cari dan katanya sekitar Bangsar supaya senang Puteh ulang-alik. Maklumlah Puteh bukannya ada lesen memandu. Sekurang-kurangnya kalau di Bangsar bolehlah abah hantar.

Dia rebahkan tubuh ke tilam bercadar putih corak bunga Inggeris ungu. Novel yang dibaca tadi diletak atas perut.

Hm..nak bagi nama apa ye kat kafe tu nanti? Kalau letak Puteh, nanti dikata ciplak nama Rizalman punya butik. Aih susah betul!

Puteh pejam mata, cuba pujuk diri untuk tidur. Dia teringat apa yang dia bagitahu Azizah satu masa dulu.

Hidup ni, kalau datang senang pasti ada susah di sebaliknya. Kalau ada manis, mesti ada pahit. C'est la vie, kata orang kampung aku! Eheh! Kampung mana entah!

Tiba-tiba Puteh terbeliak mata. Terus dia terbangun dan capai pen.

Of course! C'EST LA VIE!

February 11, 2011
|

C'est La Vie :1

"Puteh Yasmin! Ya Allah...tak bangun lagi ke? Matahari dah nak habis gas dah tu Teh. Bawak-bawak la insaf." nyaring suara Puan Salma memanggil anak tirinya dari bilik tidur.

Puteh Yasmin terkejut dan terjaga dari tidur. Dia meraba cari handphone.

Eleh, baru pukul 7 kot! Kecoh...bukan aku tak bangun solat Subuh tadi.

"Yelah, orang bangunlah ni Mak Uda." selimut tebal ditolak ke tepi. Sepit rambut warna ungu dia klipkan ke hujung PJs. Dia bangun dari katil dan ke pintu bilik air yang berada antara biliknya dan bilik abang tirinya yang dipanggil Dean.

Cis kunci!

Puteh ketuk pintu. "Woi, kau kat dalam ke?"

Senyap.

Apekah! Dah pukul 7, of course la dia dah pergi keje! Mestilah dia takde kat dalam!

Puteh keluar dan mendapatkan Puan Salma yang sedang makan roti . "Mak Uda, Dean kunci pintu bilik air orang la. Mana kunci bilik dia, orang nak masuk mandi pulak ni."

"Again? Korang ni tak habis-habis lah." Puan Salma bangun dari breakfast table dan ke kotak kunci. Sebentuk kunci dia beri pada Puteh. "Eh ni, tolong kunci pintu dulu, Mak Uda nak pergi kerja dah ni."

Puteh membontoti Puan Salma ke porch. Dia tolong bukakan pintu pagar. Lantaklah orang Bangsar lalu-lalang nampak perempuan kusut masai pakai PJs warna putih corak Doraemon pun. Puteh kisah apa!

Lepas kereta mewah Mak Udanya berlalu, Puteh kunci pintu pagar. Baru saja nak berlalu masuk, ada sebuah BMW convertible warna hitam berkilat berhenti depan pintu pagar rumahnya.

Seorang lelaki berbaju smart, pakai spek hitam berjenama keluar. "Excuse me?"

Apa lagi?!

"Ye?" Cepatlah, aku nak buang air ni!

"Nak tanya, Jalan Kemaris  kat mana eh?"

Oh demmit! Dah 10 tahun aku pindah sini tapi mana aku tau selok-belok Bangsar. Adoiyai. Padan muka, jadi la anti-social lagi!

"Er...nggak tau kok mas. Aku ini bibik aja dong!" Belasah jelah Puteh!

Lelaki tall-dark-handsome itu mengeluh. "Oh ek? Nggak apalah kalo gitu. Ini deh kartu saya,"

Puteh nak tergelak pun ada. Boleh pula mamat tu terikut slang Indo palsu dia tu. Siap hulur kad lagi. Puteh sambut kad warna kelabu itu.

ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more

"Mana tau deh, bibik mau potong rambut,"

Puteh terbeliak mata.

Perli ke apa???

 

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

Bosanlah! Nak kerja, terasa malas lagi. Tak tahu nak kerja apa pula tu. Haila...siapa suruh ambil course lain masa degree? Cari bala...kalau dulu sambung dengan Civil Engineering kan ke dah boleh kerja dengan JKR?

Remote control ditekan tak henti-henti. Habis semua channel TV. Tak juga jumpa rancangan yang menarik perhatian. Puteh tengok jam dinding. Baru pukul sebelas pagi.

Huaaaaarrgghhhh....!

Baru bangun dah mengantuk balik. Takleh jadi ni! Kena kol sesapa yang ada kereta!

Nyet tet tet tet nyet tet....tet tet nyet nyet tet...

Hm...menarik ni. Azizah Ali. Kawan sejak tadika.

"Hello Jijah. Jom keluar!"

Gelak besar Azizah bila mendengar cerita Puteh. "Ape lah! Jalan Kemaris tu depan dengan Opus Bistro la. Haih! Dah tu dia blah jelah?"

"Yelah, habis kau nak suruh aku jemput dia masuk hidang kopi dengan biskut ke?"

"Aik, kata bibik!"

Hahaha! Vongoks punya kawan!

"Eh kita nak pergi mana ni Jijah?"

"OU nak? Tengok wayang."

"Boleh!"

 

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

Janji tadi nak tengok wayang je. Tapi kalau perempuan tu, perempuan lah juga. Mentang-mentang baki duit biasiswa tahun akhir ada banyak lebih. Puteh rembat sepasang Clarks, dan Azizah beli jeans di Top Shop. Jadilah tu, bajet! Kalau nak mewah-mewah kena kerja lah. Ingat senang ke abah nak bagi duit?

"Teh, kau tak nak kerja ke?" Azizah suap Tutti Frutti dalam mulut.

Mak aihhh sejukkk sengal gigi aku!

"Nak la. Jeles tau tengok orang semua ada kerja! Lagipun aku kat rumah asyik masak, makan. Masak, makan. badan dah gemuk tau."

"Ummmphh..." Azizah menyerigai sebab masih sengal. "Sama la. Tu yang aku beli seluar baru ni. Eh kata kau fail satu paper? Camana?"

Puteh sengih. Terbayang result final year bulan lepas. Tak pernah-pernah gagal, tiba-tuba Tuhan nak uji bagi gagal satu paper. Accounting pula tu. Sudahlah dia tak faham sepatah haram pun.

"Minggu depan repeat."

"Abah kau tak marah? Mak Uda kau?"

Geleng. "Awal-awal lagi dah aku dah bagitau  diorang aku tak boleh buat paper accounting."

"Best la kau, ada mak tiri pun okey je."

Puteh sengih. Ha'ah. Ni bukan zaman Bawang Merah Bawang Putih lagi dah...

 

C'est La Vie!

[1] [2] [3]

Latest Comments

    Tags

    Press Row theme designed by Chris Pearson